Kehadapan semua ZBStians,
Baru-baru ini kerajaan kita menaikan harga minyak dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter. Tapi tahukah anda harga minyak dinegara pengeluar minyak yang lain? untuk pengetahuan anda, dibawah ini saya senaraikan untuk pandangan anda semua.
Saya ada cadangan yang berkemungkinan tinggi boleh digunakan untuk mengatasi masaalah ini, tetapi terpulang pada kerajaan dan anda semua mahu menafsirkannya.
1.> Memandangkan Petronas adalah syarikat pengeluar minyak negara dan selebihnya bukan. Kenapa harga minyak petronas tidak dikurangkan? biar sahaja jenama minyak yang lain letak harga dia dan petronas tentukan harganya sendiri (di Malaysia)
2.> Pembelian minyak subsidi hanya boleh dilakukan dengan menggunakan sistem “Mykard” dan Plet nombor kenderaan mesti sama dengan informasi yang disimpan dalam “Mykard” sebagai pengesahan sebelum boleh isi minyak. (Orang yang mendapat subsidi adalah orang yang telah register dengan JPJ dan mempunyai lesen memandu dan kenderaan yang sah)
3.> Catuan minyak, selepas “Implement” sistem pembelian menggunaan “Mykard” seorang rakyat hanya boleh membeli sejumlah minyak “eg. 160 liter” sebulan pada harga subsidi (yang patutnya lebih murah dari kadar sekarang), dan selebih bakinya mengikut harga pasaran. (use more, pay more)
4.> Tiada subsidi bagi semua syarikat. Tetapi Cukai syarikat boleh dikurangkan/lupuskan mengikut jumlah pendapatan syarikat. Untuk mengurangkan kos syarikat pengangkutan. (lebih banyak bisnes, bayar lah. kalau takder bisnes takyah bayar lah)
5.> Kerajan perlu tubuhkan satu pasukan khas untuk mengawalan harga barang keperluan utama. (pasukan khas ini perlu/dimestikan memantau harga barangan disemua kedai, dan perlu segerakan aduan yang dibuat oleh pengguna)
6.> Untuk jimatkan kos pengeluaran elektrik jangka masa panjang, kerajaan perlu membuat lebih “DAM” untuk menjana kuasa elektrik daripada stesen yang mengunakan sistem generator pembakaran minyak/gas. (Long term solution to save money and reduce electricity bill)
Ada banyak lagi cara yang boleh difikirkan jika kita mahu… walaubagaimanapun…kalau kerajaan tidak pedulikan rakyatnya… maka tiada apa-apa yang kita boleh lakukan dapat mengubahnya.
Salamz,
Team Admin ZBS.

0 Responses to “Fuel Price Increase, What do you think?”